PERCAYA ATAU TIDAK?? ANDA SENDIRI YANG TENTUKAN… JOM SEMAK
1. AMALAN PEMAKANAN TINGGI PROTIEN.
Tapi sila pastikan ianya rendah indeks glisemik dan rendah lemak seperti dada ayam, minuman protien dan putih telur. Kebaikan protien dalam melambatkan penuaan dan kekal awet muda ialah mengawal paras insulin. Paras insulin penting dalam mengawal berat badan ideal dan mencegah penyakit kronik. Protin juga menggalakkan paras gula dalam darah yang stabil, mengawal kolestrol dan membantu mencegah stress.
2. AMALKAN GAYA HIDUP AKTIF ATAU RAJIN BERSENAM.
Apabila kita rajin bersenam atau aktif, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon yang boleh membantu melambatkan penuaan dan kekal awet muda. Dikenali sebagai hormon pertumbuhan, ia berperanan penting untuk kulit, libido, mengekalkan berat badan ideal, jisim otot dan paras tenaga.
3. ELAKAN STRESS
Terdapat banyak cara dalam menangani stress. Stress yang berlebihan boleh menggalakkan penghasilan hormon. Antara cara yang berkesan untuk elak dan legakan stress supaya melambatkan penuaan dan kekal awet muda ialah dengan mendekatkan diri dengan tuhan. Tidak sama sekali meninggalkan solat dan membaca al-Quran, bersedekah selain mengurut badan, minum teh herba, mempunyai hobi dan meluangkan masa bersama orang-orang yang tersayang.
4. TIDUR YANG MENCUKUPI 6-8 JAM SEHARI
Tidur dapat membantu kurangkan stress disamping merehatkan tubuh dan otak. Kekurangan waktu tidur akan menganggu penghasilan hormon pertumbuhan yang boleh membantu melambatkan penuaan dan kekal awet muda. Walaubagaimana pun cuba sedaya upaya untuk bangun sebelum matahari terbit. Mengikut petua orang-orang lama, untuk kulit cerah berseri bangun tidur sebelum subuh dan terus mandi.
5. AMALKAN PEMAKANAN TINGGI ANTIOKSIDAN
vitamin a, vitamin c, vitamin e untuk melawan serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh. Antara contoh radikal bebas yang sangat merosakkan ialah rokok dan asap rokok.
6.AMALKAN SUPLEMEN
Guna suplimen yang boleh menggalakkan penghasilan elastin dan kolagen. Kolagen penting untuk tubuh kerana ia umpama gam yang memastikan sel-sel tubuh melekat antara satu sama lain dengan kemas. Kekurangan elastin dan kolagen adalah punca kulit dan otot kendur, sakit sendi, liang pori membesar, masalah penglihatan dan rambut gugur.
TAPI AWAS!!! Pilihlah produk yang selamat digunakan.
7. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Minum lebih kurang 3L setiap hari dan kurangkan makanan dan minuman tinggi gula. Tingkatkan sistem imunisasi tubuh. Pertahanan tubuh yang kuat membantu dari mudah jatuh sakit.
8. BERTENANG
Sentiasa senyum dan berfikiran positif. Nah cara yang paling mudah bukan??? Ambil masa untuk tenangkan diri dan rehatkan minda anda..
INFO PENTING !!!!
Melambatkan penuaan dan kekal awet muda bukan hanya penting untuk penampilan tetapi penting juga untuk mencegah penyakit-penyakit kronik yang disebabkan penambahan usia seperti penyakit darah tinggi, penyakit jantung, nyanyuk dan sebagainya.

penuaan sebelum usia mesti ramai yang takut. jadi amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang betul
ReplyDelete