Monday, 24 July 2017

KAWAL PROSES PENUAAN

TAK NAK TUA BUKAN??
JOM KAWAL PROSES PENUAN TERJADI!!!
.......................................................................
PETUA CANTIK MENAWAN MUDA JELITA....
No 2 wAJIB KENA LAKUKAN.....
1.Air Kelapa 🌴🌴🌴🌴
Sedapkan kalau minum pada waktu panas.. Segarnya rasa….☺️☺️☺️. Air kelapa dikatakan berkhasiat untuk mengelakkan kedut di wajah. Perlu diamalkan setiap 2 atau 3 hari dengan cara membasuh muka dengan air kelapa. Cara ini juga dikatakan mampu melambatkan penuaan dengan mengelakkan wajah anda daripada cepat berkedut.
Senang ja caranya bukan.. apa tunggu lagi jangan sampai tanda penuaan dah tercetak kat muka baru nak cuba...alamat dah tak berkesan lagi la......duhai wajah...😔😔
2.Kayu manis 👀👀👀
Seperti namanya, herba ajaib ini menurut petua orang lama, boleh melambatkan proses penuaan dan anda tampak lebih ‘manis’ dipandang orang. Jom ikuti langkahnya:
Bagaimana caranya?
1 sudu serbuk kayu manis,
4 sudu madu (pastikan yang asli)
3 cawan air
Rebus bahan-bahan tersebut hingga mendidih. Amalkan minum air rebusan itu setengah cawan pada setiap hari. Minumlah sebanyak 3 kali sehari, sebaiknya selepas makan. Air rebusan itu dikatakan dapat menyegarkan dan memberi tenaga baru kepada tubuh. Ia juga melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.
Wajib cuba tau👆👆👆👆
3. Pisang🍌🍌🍌🍌
Pisang merupakan buah yang sangat mudah dapat. Apa tunggu lagi ?? Selalunya pisang akan dibuat pisang goreng, kek dan jus. Cuba kali ini kita jadikan sebagai masker wajah supaya menjadi lebih awet muda gitu..
Caranya:
Beberapa biji buah pisang yang masak dan lembut.
Hancurkan pisang tersebut menggunakan blender
Oleskan ramuan tradisional tadi ke wajah anda dan rehat selama 30 minit.
Kemudian bilas dengan air bersih, tepuk-tepuk kulit wajah .
Selamat mencuba semua....


Naimah- 013.2026253

No comments:

Post a Comment